Orang Elektrik

Orang ini mempunyai kuasa luar biasa. Beliau boleh menyalakan lampu dan berbagai alat elektrik lain.



Slavisa Pajkic, seorang lelaki dari daerah Pozarevac di Serbia, dikenali dengan sebutan "Manusia Bateri" kerana kemampuannya yang luar biasa untuk menahan elektrik voltan tinggi tanpa terluka.

Pajkic, yang biasanya dipanggil Biba oleh teman-temannya, mengatakan elektrik tidak mempunyai teman kecuali dirinya. Dia mencari kemampuan luar biasa itu ketika berusia 17 tahun, dan sejak saat itu mempunyai hubungan luar biasa dengan elektrik. Tegangan elektrik lebih daripada 50 Volt berbahaya bagi tubuh manusia, namun tubuh Pajkic mampu menahan tegangan sebesar itu.

Pada tahun 1983, dia tercatat dalam rekod Guinnesss kerana mampu menahan tegangan hingga 20.000 Volt. Tahun 2003, untuk kedua-dua kalinya dia masuk ke dalam rekod Guinness ketika dia mampu memanaskan secangkir air hingga mencapai 97 darjah celcius dalam 1 minit 37 saat.



Pajkic mendakwa dirinya dapat menjadi sebuah insulator, konduktor, akumulator atau pemanas, bergantung pada kes yang dihadapi, dan para saintis hingga saat ini belum dapat mengetahui secara pasti bagaimana dia mampu melakukan semua hal itu. Dia boleh menyalakan sebuah lampu, memasak sosej dan bahkan membuat benda-benda yang direndam dalam alkohol menjadi terang-benderang menggunakan tubuuhnya, dengan menyimpan atau bertindak sebagai konduktor elektrik.

Manusia Bateri Pertama di Dunia Beberapa laporan mengatakan bahawa kerana cacat genetik, Slavisa Pajkic tidak mempunyai kelenjar peluh dan air liur, dan para ilmuran menganggarkan bahawa aliran elektrik tidak benar-benar mengalir melalui tubuhnya, tetapi melalui sisi luar kulit, yang bertindak sebagai isolasi alami. Si Manusia Bateri tampil dalam pelbagai persembahan di seluruh dunia dan merancang mencetak rekod dunia yang ke-tiga dengan menyalakan generator elektrik berkekuatan satu juta Volt dan menembak laser dari jari-jemarinya.Hal itu kelihatannya terlalu mengada-ada, tetapi keupayaan Pajkic nyata, dan dia juga menggunakan kemampuannya untuk membantu orang yang menderita migrain , sinus dan masalah punggung.