Resepi Tapai Pulut



Bahan-bahan ( boleh hasilkan lebih dari 100 biji )

* 1 kilo beras pulut
* 1 biji ragi - saiz syiling 20 sen. ada juga yg jual saiz besar . kalu yang saiz bulat besar tu, boleh guna separuh dari ragi tu. atau, jika ragu2 nak letak byak mana, cukup jika ragi tu, kuantitinya dapat digaul rata nanti bersama pulut.
* gula pasir - lebih kurang 2 sudu besar
* daun pisang secukupnya . lebih kurang 6 pelepah daun pisang. boleh juga guna daun getah, keladi atau daun 'baru'.

Cara-cara

1. basuh beras pulut sebersih bersihnya. untuk dapatkan hasil tapai yg putih bersih, beras pulut mestilah dibasuh bersih2.
2. selepas dicuci, rendam pulut selama 3 jam atau lebih pun tak mengapa.
3. sementara menunggu pulut direndam, bolehlah buat persedian untuk daun pisang. seeloknya, sebelum daun pisang dibersihkan, jemur daun pisang (tetapi bukan ditengah mata hari terik). cukup sekadar nak bagi daun pisang tu sedikit layu dan lembik. ini tuk mudahkan proses membungkus nanti. kalu guna daun fresh dan agak keras, daun mudah terkoyak ketika membalut. satu lagi, kalu daun pisang tu da layur@layu sedikit, so getah daun pisang tu pun x keluar.
4. bila daun pisang dah sedikit layu, potong daun pisang bentuk 4 segi memanjang. kelebaran, ikutlah pada saiz yang anda suka. saya selalu potong anggaran lebar tapak tangan. sebab suka bungkus kecik2. pastikan anda pilih bahagian dalam daun pisang tu yg bersih dan tak ada kesan bintik2 kat daun tu, atau kesan calar, kesan koyak atau getah pisang tu or kesan kotoran. sebab bila ada kesan2 ni, akan sebabkan tapai anda nanti ada kesan warna merah atau kuning. pilih daun yg betul2 hijau. elakkan daun yg da mula nak menguning. sebab, nanti dalam proses memeram tu, daun akan brtambah kuning, dan akan tinggalkan kesan kuning pd tapai tu nanti.
5. setelah daun pisang dipotong2, lap kan bahagian dalam daun tu yg ada kesan macam debu2 putih tu dengan tuala. bagi saya kebersihan pulut dan daun amat penting tuk hasilkan pulut yg putih dan tak ada kesan merah2 tu. bukan sebab pantang larang, uzur ke apa ke. saya dah wat testimoni dah. heheee...tips seterusnya, sebelum jemur daun tu, seeloknya dibasuh dahulu, dan jemurkan sekejap.
6. satu lagi tips, nak bagi daun pisang tu lembut tapi daunnya masih hijau segar, kalau anda lupa nak jemur, bila dah basuh daun tu, jemurkan dalam rumah je, n biarkan seharian or esoknya tu baru anda guna. tak pun, bila anda tengok daun tu dah lembut, boleh la guna.
7. pulut yg dah di rendam tadi, bolehlah dikukus.
8. kukus pulut tu sehingga setengah masak. bila dah setengah masak, alihkan kukusan berisi pulut ni ke dalam sinki, dan curahkan sebaldi penuh air paip ke pulut tadi. biarkan air tadi tos dan kering.
9. bila air dah tos, kukus semula pulut tadi. kukus la sehingga masak. tujuan air tadi curahkan pada pulut tu, agar pulut tadi dapat masak sepenuhnya, lembut dan tidak keras.
10. bila pulut dah masak, letakkan pulut ke dalam loyang leper. lebar2kan pulut tu biar agak rata, untuk mudahkan proses meragi nanti. tapi tak perlu lah ditekan2 sangat pulak pulu tu ya. biarkan pulut betul2 sejuk.
11. sementara tunggu pulut sejuk, panaskan ragi di atas dapur dengan di alas dengan non stick pan, atau kuali ke atau atas tudung periuk ke. panaskan dgn api kecil je. x perlu panaskan lama2. cukup sekadar ragi tu da rasa panas, bolehlah diangkat. kalau tak nak panaskan atas api, boleh juga dijemur. tujuan panaskan ragi ni, tuk mengaktifkan bakteria hidup yg ada kt dalam ragi tu.
12. hancurkan ragi, jadi debu. cara hancurkan, boleh ramas dgn tangan je. cuma kalu guna tangan, ada yg pecah besar2 dan kena la tenyeh2 ragi tu kasi jadi debu. atau cara terbaik, pecah2kan ragi tu, dan gesek2kan kat penapis teh. so akan jadi debu la ragi tu.
13. bila pulut dah sejuk, taburkan sedikit gula ke atas lapisan atas pulut tu. gula tak perlu banyak. cukup sekadar nak bagi rasa manis2 buah dan rata bila ditaburkan kat atas pulut tu.
14. dah tabur gula, tabur pula debu ragi tadi. proses meragi ni lah yg penting. pastikan ragi tu ditabur rata ke atas pulut. kalau ragi tak rata, nanti tapai pun ada yg separuh masak, separuh x masak.
15. bila lapisan atas pulut tadi dah rata diletak ragi dan gula, terbalikkan pulut tu. maknanya lapisan atas tadi dah diterbalikkan ke bawah. so yg lapisan bawah tadi, dah duk kat atas. so ulangi step letak gula dan ragi tu. kemudian barulah, pulut ni digaul, agar ragi dan gula tu rata.
16. ambil sesudu pulut (or ikutlah banyak mana anda suka) dan letakkan kat daun pisang tu dan bungkus. anda bolehla guna teknik bungkusan yg anda suka.
17. dah selesai membungkus pulut tu, masukkan ke dalam bekas besar atau periuk untuk proses memeram. alas bekas tu dengan daun pisang, dan bila dah penuh, tutup bahagian atas dengan daun pisang juga dan kemudian barulah di tutup dengan penutup periuk or bekas tu. kemudian, balut pulak bekas tu dengan kain batik or pape kain lah.
18. peram selama 48 jam, untuk dapatkan hasil tapai yg cukup rasa manis dan masaknya. boleh juga sekadar peram selama 24 jam dan hasilnya, tapai tidak lah semanis kalu peram selama 48 jam. bila tapai dah cukup masa, barulah letakkan dalam peti ais, dan bolehlah makan. PESANAN - jangan letak tapai yg belum cukup masa peraman ke dalam peti ais. sebab ia akan membantutkan proses menapainya. peram seminggu dalam peti ais tu pun,tapai takkan masak2.