Sehebat Aaron Aziz

WANITA mana yang tidak penasaran dengan aura aktor kacak, Aaron Aziz, ketika membawa watak romantis yang dimainkan dalam drama rantaian Nora Elena sebagai Seth Tan ini telah melonjakkan namanya dengan cukup tinggi sebagai aktor yang wajib diberi perhatian pada tahun ini dan 2012.



Dilahirkan di Singapura dan kini sudah menjadi warganegara Malaysia, catatan karier Aaron bertambah cemerlang dengan deretan filem dan keberkesanan lakonannya dalam naskhah-naskhah seperti KL Gangster dan terbaru, filem Ombak Rindu yang mencecah kutipan lebih RM11 juta!.

Karier Aaron dijangka akan semakin cerah saat kalander 2012 apabila dia juga kini menjadi pilihan banyak produk yang mahukan dirinya menjadi duta. Apabila seseorang artis sudah layak menjadi duta, itu bermakna mereka memang sudah cukup kuat dalam industri seni tempatan.