Wanita Bogel Di Tengah Jalan

Seorang wanita muda yang berbogel dilihat berjalan sepanjang jalan yang sesak di Queen's Road Central Hong kong pada pukul 6:00 petang selama kira-kira 10 minit sebelum dia diberkas ke dalam sebuah kereta peronda Polis.



Oriental Daily melaporkan, pada mulanya, wanita berusia 23 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Miss Li dilihat sedang berbual dengan ayahnya melalui sebuah telefon bimbit di depan sebuah pusat hiburan.

Dia kemudiannya menjadi gelisah dan terus menghempas telefon yang dipegangnya ke arah lantai.

Dia bertindak lebih ganas selepas itu apabila menyerang seorang wanita yang sedang mengedarkan risalah iklan berhampiran dengan menghentak kepala wanita itu ke dinding.

Wanita yang diserang itu menjerit-jerit meminta pertolongan.

Hal itu menarik perhatian beberapa pengawal keselamatan di bangunan berhampiran. Mereka bergegas untuk menghentikan tindakan Miss Li serta menghubungi polis.

Sebaik sahaja Miss Li mendengar polis sudah dihubungi, reaksinya mula berubah dan dia mula menanggalkan pakaiannya satu persatu dari baju, bra, jeans dan seluar dalam serta kasut dan stokin yang dipakainya.

Dia dilihat mencampakkan semua pakaiannya di tepi jalan, dan terus berjalan ke arah pawagam berhampiran.

Tindakannya itu membuatkan orang ramai yang melalui kawasan itu memberhentikan kenderaan untuk menyaksikan tindakannya itu.