Akibat Doktor Cuai Kemaluan Terpaksa Dibuang

Gejala kanser sudah dirasakan sejak setahun lalu, namun doktor mengatakan lelaki itu hanya mengalami radang saluran kencing yang tidak berbahaya.



Lelaki yang tidak disebutkan namanya tersebut membuat pemeriksaan untuk pertama kali pada September 2009 di sebuah klinik di Blekinge, Sweden Selatan.

Ketika itu dia datang dengan gejala infeksi saluran kencing dan dia hanya diberikan antibiotik.Pada March 2010, pesakit berusia 60-an tersebut kembali lagi ke klinik tersebut dengan keadaan sakit yang sama tetapi disertai gejala pada kulit penutup kepala penis yang kebetulan tidak disunat.

Doktor mendiagnosis gejala tersebut sebagai radang yang tidak membahayakan.Namun sehingga 3 bulan kemudian gejala yang dirasakan tidak juga baik walaupun ubat yang diberikan telah dimakan. Akhirnya doktor klinik merujuk si pesakit ke Hospital Blekinge untuk mendapat rawatan yang lebih intensif.Pemeriksaan di hospitalt tersebut ternyata tidak boleh segera dilakukan, sementara penyakitnya semakin parah.

Pesakit yang malang ini harus menunggu 5 bulan lagi hingga dan membuatkan janji dengan doktor yang akan memeriksanya.Pemeriksaan akhirnya dapat dilakukan, tapi sayang penyakit yang selama ini disangka radang ternyata adalah sejenis kanser ganas. Parahnya, doktor sudah tidak punya banyak pilihan selain membuang kemaluan si pesakit untuk mencegah penyebaran sel kanser.

Pesakit mendakwa telah terjadi kesalahan diagnosis oleh doktor klinik yang memberinya antibiotik dan antiradang. Jika gejala kanser boleh dikesan lebih awal, dia yakin kanser tersebut masih boleh dikawal, tetapi kini kemaluannya terpaksa dibuang.Kes ini telah dilaporkan ke Badan Nasional untuk Kesihatan dan Kesejahteraan Sweden (Socialstyrelsen). Doktor klinik akan disiasat dan tindakan selanjutnya akan dibuat.