Amerika Syarikat Bina Pangkalan Di bulan

Pada 2006, Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan pelan untuk mewujudkan koloni manusia di kutub selatan bulan sekitar tahun 2020 sebagai pangkalan untuk menjelajah sistem solar.



Calon utama pilihan raya Presiden AS daripada Parti Republikan, Newt Gingrich mencetuskan perdebatan dengan mendakwa beliau akan membina sebuah pangkalan di bulan menjelang 2020 jika terpilih sebagai Presiden AS.

Beberapa pakar memandang sinis terhadap idea pemimpin berusia 68 tahun itu dengan menyatakan ia hanya satu jenaka. Namun, idea beliau bukan sesuatu yang mustahil.