Dua Wajah Satu Gambar

Jesus Gonzales Rodriguez seorang artis di Venezuela telah mewujudkan puluhan imej 1/2 fotografi bagi menguji minda anda apabila melihat gambar beliau. Imej setiap gambar mempunyai beberapa posisi iaitu posisi pada pandangan hadapan dan posisi pandangan sisi.



Imej beliau digabungkan dengan beberapa posisi lain untuk membentuk satu ilusi optik di mana potret beliau akan kelihatan normal jika dipandang dengan sekali imbas atau padangan pantas, tetapi disebaliknya imej tersebut berlainan wajah mahupun posisi, cuba anda perhatikan gambar tersebut dengan lebih terperinci. Hasilnya anda akan faham.