Hamil Ketika Hamil

Luar Biasa-Julia Grovenburg dan suaminya, Todd, telah menunggu selama tiga tahun untuk mempunyai seorang bayi. Akhirnya Julia hamil buat kali pertamanya, selang dua minggu mereka sungguh terkejut apabila Julia didapati hamil sekali lagi.



Keadaan tersebut dikenalpasti sebagai ‘superfetation’. Iaitu dua janin yang dikandung pada masa yang berbeza dan lahir pada hari yang sama. Namun, perubatan menyebut mereka bukan kembar.



Kes Julia ini satu daripada satu juta. Dia melahirkan kedua-dua anaknya pada masa yang sama, walaupun mereka secara teknikal bukanlah anak kembar. Julia (33) menjadi salah seorang daripada 11 perempuan yang pernah dilaporkan hamil ketika masih lagi dalam keadaan hamil.