Harry Potter Dari Kisah Benar Alam Sihir

Mengapa orang belajar dan mengamalkan ilmu sihir atau black magic? Sudah tentu ada banyak jawapannya.





Antaranya ialah kerana mahukan kemahsyuran, kekuasaan, kemewahan, kekuatan, kekebalan, kecantikan dan seumpamanya. Proses pembelajaran dan pengamalan ilmu sihir ini jangan disangka sudah tiada, malah ia semakin berleluasa dan digemari ramai pun.
Dulu pernah ada pengakuan dari seorang bekas pengamal ilmu sihir, dan antara ceritanya, dia mengatakan kebanyakan yang difilemkan dalam movie Harry Potter, tentang proses pembelajaran, perjalanan alam itu lebih kurang sama dengan apa yang betul-betul ada. Filem itu juga sebenarnya diolah dari alam realiti juga, cuma diputar belit dan diolah agar manusia melihat ada sihir baik dan ada sihir yang jahat. Alam sihir juga ada pentadbirannya sendiri, ada perjumpaan tahunan, dan x ketinggalan ada usaha-usaha memata-matai rumah orang awam. Mereka datang mengintai ke rumah kita tanpa kita sedari.

Mesir sudah dikenali umum sebagai tempat bermulanya segala ilmu sihir yang ada di muka bumi ini. Dan pengaruh sihir semakin popular dan tersebar luas sejak zaman Firaun lagi. Dan sebagaimana semua telah maklum, ahli-ahli sihir di zaman Firaun Merneptah, telah dikalahkan oleh Nabi Musa a.s dengan mukjizatnya.
Ada kalangan Yahudi dulu mengatakan bahawa mereka belajar ilmu sihir dari Nabi Sulaiman a.s. Sedangkan Allah S.w.t berfirman dengan jelas dalam AlQuran bahawa Nabi Sulaiman tidak mengajarkan ilmu sihir kepada mereka.

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”.

Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” Surah Al-Baqarah : Ayat 102


Itu lah antara sejarah berkembangnya penggunaan ilmu sihir, setelah asalnya ilmu itu jatuh ke tangan manusia-manusia yang tidak bertanggung-jawab. Sebab itu lah kita lihat sekarang ini banyak lagi sihir yang mengganggu ketenteraman rumahtangga hingga menyebabkan pergaduhan yang besar dan bercerai berai. Dan syaitan yang mahir dalam urusan mengganggu ketenteraman rumahtangga dan menyebabkan perselisihan antara suami dan isteri bergelar Dasim.

Ilmu sihir tidak akan berpisah dengan satu pertubuhan sulit yang amat besar iaitu Illuminati. Illuminati dalam bahasa Arab ialah “An-Nuraniyyin” yang bermaksud “Pemegang Cahaya”. Illuminati memberi erti sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia, yang ditubuhkan di Jerman pada 1hb May 1776M. Dan ia merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan pemerintahan dunia baru yang digelar ‘The New World Order – NWO‘.

Pengaruh sihir oleh Illuminati bukan sahaja bergerak di dunia nyata, tetapi juga diselit-selitkan dalam filem-filem Hollywood yang memaparkan tentang pemujaan dan simbol-simbol mereka (sila lihat Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood).