Hujan Pelik Berwarna Merah

Hujan lebat seperti darah ini pernah berlaku di India pada Ogos 2010. Lebih 500,000 meter padu air hujan turun seperti darah.





Pada mulanya saintis menyangka ia disebabkan oleh pasir gurun. Setelah kajian lanjut didapati terdapat elemen merah iaitu sel hidup dalam sampel air. Ia bukan berasal dari bumi. Hujan pertama turun di Kottayam dan Idukki yang terletak di kawasan selatan India.

Bukan sahaja hujan merah yang turun. Pada 10 hari pertama musim hujan, hujan dikatakan berwarna kuning, hijau dan hitam. Penduduk tempatan mendapati pakaian-pakaian yang dijemur telah kering tetapi berwarna merah seperti darah. Penduduk tempatan juga mengatakan terdapat bunyi letupan dan hujan renyai selepas satu letupan yang dipercayai dari meteor.

Sampel air hujan telah dianalisa oleh kerajaan India dan para saintis. Pada Julai 1968, pasir dari gurun Sahara telah diangkut angin dan menyebabkan air hujan berwarna merah di England. Komposisi sel-sel ini terdiri daripada 50% Karbon, 45% oksigen dan 5% elemen lain seperti besi dan sodium. Ia konsisten dengan sel-sel biologikal yang lain dan sel ini juga membahagi.

Setiap satu meter padu air sampel yang diambil, terdapat 100 gram elemen-elemen merah. Bia dicampurkan kesemuanya (Julai hingga September) maka terdapat 50 tan partikel berwarna merah telah jatuh ke buni. Di University of Sheffield, UK, seorang pakar bernama Milton Wainwright secara microbiologikal memutuskan bahawa elemen-elemen merah tersebut adalah sel kehidupan. Oleh kerana partikel merah ini adalah sel hidup, para saintis meletakkan teori bahawa partikel ini sebagai darah merah. Menurut mereka kemungkinan letupan meteor di udara telah membunuh sekumpulan kelawar. Teori ini ditolak kerana kekurangan bukti sokongan seperti sayap kelawar yang jatuh ke bumi.

Dengan mengaitkan bunyi letupan dan hujan selepas itu, Louis meletakkan teori bahawa sel-sel merah itu adalah hidupan mahkluk asing. Louis menyimpulkan bahawa bahan merah itu berasal dari komet yang memasuki ruang atmosfera bumi dan meletup di ruang udara India. Kajian yang dilakukan oleh Patrick McCafferty dari Queen's University, Ireland telah menjumpai rekod sejarah yang mengaitkan hujan berwarna dengan letupan meteor. McCafferty telah menganalisa 80 laporan hujan berwarna, 20 laporan air bertukar menjadi darah, dan 68 contoh fenomena yang sama seperti hujan berwarna hitam, susu atau madu yang jatuh dari langit.

36 peratus dari sampel berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti meteor atau komet.
Kejadian-kejadian seperti ini pernah berlaku semasa zaman Rome, medieval Ireland dan England dan California pada kurun ke 19.

McCafferty berkata, "nampaknya terdapat perkaitan yang kuat antara laporan hujan berwarna dengan aktiviti meteor, hujan merah di Kerala mempunyai ciri-ciri ini dan ia tidak harus dibiarkan."

Menurut dua orang saintis lain pada permulaannya terdapat awan-awan gas di angkasa (cloud of interstellar gas) yang mengandungi bakteria. Semasa pengecutan awan-awan ini oleh daya graviti, bakteria yang terkandung di dalamnya tidak mati.