Kehebatan Buah Durian

Apa Yang hebatnya buah durian sehingga ia begitu digemari bukan sahaja di malaysia malahan diserata dunia.



Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ulas buah durian dilindungi oleh kulitnya yang berserat dan berduri. Dari duri itulah ia mendapat namanya.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, dan ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.



Pada kebiasaannya pokok durian berbuah pada dahan pokok dan di hujung rantingnya. Akan tetapi pemilik dusun durian ini mempunyai pokok durian yang sungguh pelik kerana mengeluarkan buah pada batang utama pokok dan juga di bahagian pangkal pokok.

Secara tidak langsung, kejadian pelik ini memberi kemudahan kepada petani ini untuk memungut hasil buah durian. Apa tidaknya, buah tersebut mudah dilihat dan berada di pangkal pokok.



Bagi memastikan buah durian tidak rosak dan makan oleh haiwan di dusunya, beliau memagari di sekitar pangkal pokok dengan jaring dawai. Apabila masak buah tersebut akan gugur dari tangkainya dan buah durian sentiasa berada di dalam kawasan yang dipagari itu.