Ketahui Rahsia Cincin

Macam macam - Fenomena pemakaian cincin dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India sememangnya tidak dinafikan lagi. Boleh dikatakan hampir setiap orang memiliki satu, dua atau lebih bentuk cincin.



Ini memperlihatkan kepada kita bahawa cincin menjadi salah satu benda yang diperlukan untuk melambangkan kekuatan, kehebatan, kekayaan dan sebagainya. Namun, pemakaian cincin ataupun apa saja benda-benda adalah tidak salah, akan tetapi kita tidak boleh mengganggap dan percaya bahawa setiap yang berlaku adalah kerana kelebihan cincin yang kita miliki.

Kecantikan dan keunikan yang terdapat pada sesebuah cincin yang dimiliki oleh setiap orang adalah berbeza-beza, adakah ianya melambangkan keperibadian ataupun naluri sipemakainya. Hal inilah yang menyebabkan ianya mampu mencapai puluhan ribu ringgit ataupun lebih. Keaslian dan ketulenan batu permata yang terdapat pada sesebentuk cincin menaikkan lagi seri yang terdapat padanya. Bentuk dan jenis batu permata yang dipilih bergantung kepada minat sipemakainya. Tetapi, rata-rata menyatakan bahawa, keaslian batu permata dan corak pada cincin menjadikannya cukup berharga kepada sipemakainya. Inilah yang dikatakan bahawa “Hanya Batu Mengenal Manikam”.

Di antara batu-batu permata yang diminati oleh penggemar-penggemar cincin ialah Batu Zamrud, Batu Panca Nur, Batu Baiduri, Batu Lafadh, Batu Delima Merah, Batu Jarum Mas, Batu Combong, Batu Kecubung, Batu Badar Besi, Batu Ta’at Wali, Batu Tiger Eye, Batu Nilam, Batu Pirus, Batu Garnet, Batu Cempaka dan banyak lagi.

Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Nabi Salawatu Alai Wasalam. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.