Mampukah Manusia Jadi Halimunan

Penyelidik di England dan Amerika Syarikat (AS) mendakwa ada cara mencipta jubah halimunan seperti yang digunakan Daniel Ratcliffe dalam filem Harry Potter.





Bahan utama untuk menghasilkannya ialah produk khas buatan manusia, bukannya diwarisi secara semula jadi atau diberi oleh Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry seperti dipaparkan filem itu.

Bahannya bertujuan mengawal haluan cahaya dan radiasi elektromagnet dalam bentuk lain di sekitar objek, menjadikan ia tidak kelihatan seolah-olah sesuatu yang disedut masuk ke dalam lubang di angkasa.

Adakah ia fiksyen sains. Sebenarnya, ia adalah satu teori dan sudah pasti bukan fiksyen sains. Secara teori, tidak mustahil melakukan semua yang dibuat Harry Potter tetapi yang menjadi penghalang ialah kemampuan kejuruteraan, kata pakar fizik di Kolej Imperial London, John Pendry.

Maklumat terperinci kajian itu yang turut ditulis bersama Pendry, muncul dalam edisi online jurnal Science.

Saintis yang tidak terbabit dalam usaha itu berkata, ia memberi hujah kukuh menjadikan halimunan matlamat yang boleh dicapai.

Ini adalah sains yang amat menarik dan idea amat menarik serta menyokong asas matematik dan fizikal, kata Profesor Kejuruteraan Sistem dan Elektrikal di Universiti Pennsylvania, Nader Engheta. AP