Manusia Boleh Berjalan Diatas Air

Bolehkah Manusia berjalan diatas air. Sudah pastilah anda kata tidak, kerana ia sememangnya sesuatu yang mustahil bagi kita semua. Bagaimanapun dengan teknik tertentu kita mungkin boleh bergerak diatas air tampa alat bantuan atau Mungkin hanya dengan sepasang kasut Khas..



Semakin hari semakin banyak manusia yang lahir dimuka bumi cuba untuk membuat benda yang semakin pelik dan terus pelik..bagi mereka ini merupakan satu cabaran yang membezakan mereka dengan kalangan manusia yang lain..Kepelbagaian juga kadang kala memberikan keistimewaan kepada insan itu sendiri dengan mencipta sesuatu yang baru menggunakan akal dan daya pemikiran mereka yang tersendiri.

Jika sebelum ini mungkin anda berasa pelik dengan sukan ekstrem yang semakin mendapat sambutan hebat dari kalangan belia di seluruh dunia iaitu berkenaan dengan sukan 'Parkour' yang kini bukan sahaja dianggap biasa.,malahan terjun bangunan juga menjadi satu kekaguman kepada peminat sukan tersebut,kini muncul pula sukan baru yang tergolong dalam sukan olaraga yang mungkin menjadi kegemaran kita suatu hari nanti..Sukan itu dikenali sebagai

LIQUID MOUNTAINEERING

Apa itu Liquid Mountaineering??

Untuk pengetahuan semua,Liquid Mountaineering ini merupakan sejenis sukan yang memerlukan anda berlari diatas air.Sememangnya idea penciptaan sukan ini bermula dari impian manusia sejak zaman berzaman untuk berlari diatas air dengan menggunakan teknik yang hampir sama dengan konsep yang digunakan ketika kita melemparkan batu keatas permukaan air dan kemudian batu itu melayang diatasnya.

Sukan ini diasaskan oleh Sebastian Landerwerl, Miguel Delfortrie dan Ulf Gartner yang dirintiskan di Sepanyol.Jika anda ingin mengetahui keterangan dengan lebih lanjut,anda boleh melihat paparan video di bawah berkenaan cara sukan ini dimainkan.






Sumber