Pakaian Pelik Dari Sayur Kobis

Seorang wanita di Bangkok Thailand menjadi perhatian orang ramai kerana memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di satu laluan pejalan kaki.



Dia turut memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran.

Kelibat wanita itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan pejalan kaki tersebut.

Wanita itu merupakan aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas Haiwan (PETA).

Beberapa rakannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis itu.- Agensi