Rahsia Cermin Kaki Skodeng

Mungkin tajuk ini kurang sedap didengar, tetapi tahukah anda rahsia yang ada pada sebuah cermin khas yang sama sahaja seperti cermin biasa.



Tak lain tak bukan cermin yang yang admin maksudkan ialah cermin dua alam atau dengan kata lainnya cermin pandang tembus. Apakah cermin dua alam? Kemajuan zaman yang juga diikuti dengan kemajuan teknologi tentu juga akan memiliki positif dan juga negatif. hal tersebut sebenarnya bergantung bagaimana kita memanfaatkan.

teknologi tersebut. Saya ambil contoh cermin pandang tembus. Cermin pandang tembus adalah cermin yang pada bahagian depannya seolah-olah adalah sebuah cermin biasa namun pada sisi belakang cermin kalau kita lihat akan berupa kaca transparen seperti kaca tingkap. Cermin tersebut tentunya dibuat dengan tujuan baik salah satunya misalnya dipasang disebuah minimarket yang diletakkan ditempat yang hampir semua orang boleh melihatnya begitu juga orang yang berada dibalik cermin tersebut. Pemasangan tersebut dengan tujuan untuk mengawasi semua orang yang masuk ke minimarket tersebut untuk mencegah/mengetahui jika ada pencuri barang yang ada didalam minimarket tersebut.

Namun ketika ini penggunaan cermin pandang tembus tersebut tidak hanya untuk membantu mengawasi sebuah minimarket atau bertujuan positif. Melainkan sudah digunakan untuk tujuan melihat kegiatan yang mengintai / melihat sesuatu bersifat peribadi orang lain.

Anda mungkin sering mendengar adanya tayangan video tersembunyi/candid camera dari kalangan artis atau orang biasa yang diambil/dirakam disebuah bilik tukar pakaian(changing room). Yang menjadi sasaran tentu saja kebanyakan adalah wanita. anda tentu juga tidak mahu menjadi salah satu mangsa penggunaan teknologi tersebut.

Sedar atau tidak,sebenarnya kita boleh jadi sudah menjadi salah satu mangsanya. Hampir di semua tempat seperiti Mall, Hotel, Restoran, rumah, Kampus dan tempat-tempat umum pasti akan terdapat cermin, baik yang berada ditempat terbuka maupun tempat tertutup misalnya bilik mandi,bilik tukar pakaian,bilik tidur juga bilik hotel.

Adakah anda yakin cermin-cermin tersebut adalah cermin biasa? mungkin itu adalah cermin pandang tembus yang dipasang untuk mengawasi aktiviti peribadi anda? mungkin juga anda sudah menjadi salah satu mangsanya namun anda tidak menyedarinya. Ini adalah tips buat anda semua untuk mengetahui apakah cermin yang ada didepan kamu adalah cermin biasa atau malah cermin pandang tembus.

Tipsnya mudah sekali iaitu dengan memanfaatkan jari telunjuk anda. Caranya seperti ini :

1. sentuhkan jari telunjuk anda di permukaan cermin yang ada didepanmu.
2. Amati hujung kuku jari anda dengan bayangan yang dihasilkan oleh cermin tersebut.
3. Apakah hujung kuku jari anda dengan bayangannya terdapat gap/jarak beberapa milimeter atau malah saling rapat atara satu sama lain.
4. Jika hujung kuku jari anda dengan bayangannya dipisahkan jarak beberapa millimeter (Bergantung ketebalan kacanya) bererti itu adalah cermin biasa.
5. Jika hujung kuku jari anda dengan bayangannya saling rapat antara satu sama lain bererti itu adalah cermin pandang tembus, sebaiknya anda segera tinggalkan ruangan tersebut untuk mengelak dari mata-mata yang mengintai privacy anda.

Di bawah ini admin bagi contoh perbezaan cermin biasa dengan cermin pandang tembus :

Gambar diatas ialah cermin biasa


dan inilah cemin dua alam yang mampu mencabul kehormatan anda