Resepi Kek Durian

Jarang sekali kita nak dapat makan kek yang diadun dengan buah durian. Sudah sampai masanya hari ini kita mempopularkan kek durian yang pastinya kita tak sabar nak rasa macam mana keenakannya kek durian ini..



Bahan-bahan

250 g mentega
225 g gula kastor
1/2 camt vanila
4 biji telur
125 g isi durian, dipuri [maksudnya isi durian tu dihancurkan blend gan susu kalau nak , kita lak malas tak yah puri2 pun , lebur ajee isi durian dlm mixer - tibaiiiii jadi jugak beb ]
200 g tepung naik sendiri } diayak
50 g tepung gandum }
Putar 3 bahan pertama hingga gebu.
Masukkan sebiji demi sebiji telur, putar kembang.
Bubuh puri durian, bahan ayak dan kacau sebati.
Ratakan dlm tin 20 cm bulat yg dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak.
Bakar pada 170 C selama 40-50 min atau hingga masak.

kalau suka leh letak coklat cips atas kek tu..supaya naik seri kek tu ya