Resepi Pizza Daging Sedap

Pasti ramai yang suka makan Pizza ni, Bila teringin je, pakat pergi retoran Pizza Hut.. Apakata hari ini kita pakat buat sendiri kat rumah. Jom tengok resepinya...



Bahan doh
500 grm high protein flour (tepung roti)
1 peket Mauripan
1 tsp bread improver
1 tsp garam
300 grm air sejuk (yg dlm peti es tu)
25 grm olive oil
Oregano 1tsp

Cara membuat doh
Putarkan tepung, mauripan, oregano & bread improver, saya guna kenwood mixer. So guna kelajuan no. 1 dulu.
Masukkan air (yg telah dicampurkan dengan garam) secara sedikit-sedikit , gaul sebati kedalam adunan tepung tadi sehingga sebati, kira-kira 2 minit (saya guna kelajuan no. 2)
Akhir sekali masukkan olive oil tadi. Biarkan minyak bersatu dengan tepong tadi kira-kira 5-10 minit sampai adunan licin.
Keluarkan doh tadi, bahagikan kpd 2 dan biarkan doh rehat kira-kira 15 minit sehingga nampak doh dah naik gebu.
Bila dah naik gebu barulah dicanai & taburkan segala topping keatasnya. (sebelum tabur cocokkan sedikit doh dgn garpu)

Bahan utk Gravy
Dicampurkan sekali, gaul rata dan dimasak atas api hingga pekat
3 tbsp sos tomato
1 tbsp sos cili
3 tbsp puree tomato
1 tbsp corn flour
gula & garam secukup rasa

Bahan tabur utk Beef Pizza
400 grm daging/ayam hancur/cincang
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
1/2 tin kecil puree tomato ] kesemua bahan2 ni dicampurkan sekali & diperap 1/2 jam, barulah di masak sehingga kering
1 tsp serbuk lada sulah
1 tsp oregano
1-2 helai bay leaf
garam & gula secukup rasa

Cara menabur gravy
Sapukan gravy rata-rata taburkan oregano secubit, daging yang telah dimasak tadi, cili benggala, tomato, nenas kiub, button mushroom & mozarella cheese.
Panaskan aben 180 celcius, bakar selama 20 minit.

Download Link Klick sini