
Ianya kini diketahui bahawa perkara ini merupakan salah satu promosi yang dilakukan oleh Celcom untuk suatu perkhidmatan baru mereka bernama Celcom Kolony.Daripada nama Kolony, berkemungkinan besar mungkin Celcom akan memperkenalkan suatu perkhidmatan panggilan suara dan SMS yang murah untuk pengguna dalam sesuatu kelompok itu.
Perkara ini masih lagi jangkaan awal kami, dan video, gambar dan simbol tersebut merupakan salah satu kaedah pemasaran baru daripada Celcom untuk memperkenalkan produk baru mereka ini. Nama domain Kolony.com.my turut sama telah didaftarkan bawah nama Celcom.