Wajarkah Hukuman Pancung Ini

Video menunjukan berita dan visual saat Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada Sabtu (18/6).





Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur.

Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.

Baca Dibawah Buat renungan anda semua..

Yang akan ditanya oleh Allah SWT dalam kalangan hambanya di Hari Kiamat kelak. Rasulullah SAW bersabda : “ Perkara pertama yang akan menjadi perhitungan dikalangan manusia dihari kiamat adalah darah”Syariah Islamiah tidak hanya menjaga dan memelihara satu jiwa sahaja, malahan ia juga memelihara jiwa para Al-Musta`min dan Zimmi juga. Nabi SAW telah bersabda : “barang siapa yang sengaja membunuh orang yang telah berjanji taat setia dengan kerajaan Islam maka dia tidak akan dapat membau wangian syurga”Syariah Islamiah tidak mengharamkan pembunuhan sahaja malahan menolong kearah pembunuhan juga diharamkan walaupun dengan beberapa patah perkataan sekalipun jika ia mengakibatkan pembunuhan jiwa maka ia jugadi haramkan. Diriwayatkan dari Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Barang siapa yang menolong dalam pembunuhan orang mukmin walaupun dengan hanya sepatah perkataan sekalipun maka dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan ditulis diantara kedua matanya ‘putus harapan darirahmat Allah SWT’ ”Syariah Islamiah telah menjanjikan siksaan yang berat kepada setiap pelaku kezaliman tersebut.

Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalahmudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).
10
Begitu juga hadis Nabi SAW yang berbunyi : “Orang yang membunuh orang muslim akan keluar dari dunia ini dalam keadaan yang paling hina”Syariah Islamiah tidak hanya memberi balasan di akhirat sahaja , malahan balasan itu juga diberikan didunia sehingga membuatkan setiap orang yang ingin melakukan pembunuhan dan penganiayaan pada jiwa manusia berfikir 1000 kali sebelum melakukannya. Dalam pada itu, Syariah Islamiah telah mensyariatkan Qisas
11
sebagai satu hukuman yang adil bagi memastikan jiwamanusia itu terperlihara bukan hanya fantasi tetapi rialiti.