Air Garam Hasilkan Tenaga Elektrik

Percaya atau tidak dengan hanya menggunakan air garam biasa tenaga elektrk dapat dihasilkan melalui penggunaan sel garam magnesium, tembaga dan air garam untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia.

Garam Elektrik

MELAKA - Tiga pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Sungai Udang berjaya menghasilkan sel garam bagi menjana tenaga elektrik.

Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal, Mohd. Syafiq Abd. Aziz dan Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal menghasilkan sel gram itu sebagai alternatif kepada bateri sel kering yang digunakan kini.

Hasil ciptaan mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi pingat emas di Pameran Reka Cipta Pemuda Antarabangsa, Taiwan pada 11 hingga 13 Februari lalu.

Bateri Sel Garam

Ketua pasukan, Muhammad Dhiyauddin berkata, idea untuk menghasilkan sel garam timbul akhir tahun lalu selepas melihat penggunaan bateri sel kering sebagai membazir wang dan mencemar alam.

"Sel garam ini hanya menggunakan magnesium, tembaga dan air garam untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia.

"Penggunaannya lebih mudah kerana ia boleh dicaj semula dengan menukar air garam lama kepada yang baharu. Menghasilkannya juga mudah iaitu mencampurkan garam biasa dengan air..