Awas.! Garam Tiruan

Sekumpulan lelaki di china dihadapkan ke mahkamah di wilayah Jiangsu selepas dituduh menjual 14,000 tan garam yang diperbuat daripada sisa buangan industri.

Garam Tiruan China

Mereka didakwa menjual garam berkenaan kepada pengedar di 12 wilayah dan perbandaran.

Kumpulan tersebut memulakan perniagaan mereka tanpa lesen di Jiangsu pada 2009.

Mereka kemudiannya membeli sisa buangan yang mengandungi toksid tinggi daripada pengeluar bahan kimia dan kemudiannya memproses sisa toksid itu untuk dijadikan sebagai garam.

Garam toksid itu dikeluarkan dengan harga 100 yuan namun ia dibeli oleh pemborong pada harga 350 hingga 400 yuan per tan.

Manakala penjual makanan di tepi jalan pula membeli garam berkenaan pada harga 1,400 yuan per tan.

Keputusan perbicaraan kes ini akan diumumkan kelak.