Dunia Cacing Raksasa Ganas

Sejenis raksasa yang tinggal dikawasan Gurun Gobi ini termasuk dalam golongan mahluk kritozoologi. Wujudnya berupa seakan-akan cacing gemuk, dengan panjang antara 2-5 kaki (0.6 s/d 1.5 meter).



Di tempat asalnya, dia diberi nama allghoi (atau orghoi) khorkhoi (хорхой) yang berarti “cacing darah”, julokan itu diberikan kerana pada kali pertama dilihat, mahluk tersebut dilaporkan berbentuk seperti usus lembu besar yang berwarna merah.

Kemampuan mengerikan mahluk ini ialah, ia boleh menyemburkan racun berwarna kuning ketika diserang serta kemampuan untuk membunuh dari jarak jauh. Salah seorang penyelidik haiwan yang juga seorang penulis bernama Ivan Mackerle, mengatakan dalam tulisannya di majalah Fate (Juni 1991) bahawa raksasa ini membunuh mangsanya dengan sengatan elektrik.

Ahli kaji binatang dari Englan bernama Karl Shuker berjaya mendapatkan perhatian dari kerajaan England untuk meneliti mahluk ini lebih lanjut untuk menerbitkan bukunya pada tahun 1996 yang berjudul The Unexplained.

Terdapat terori mengatakan bahawa kemungkinan haiwan ini ada di dasar tanah wilayah Gurun Gobi, sepanjang kawasan Mongolia/ sempadan China. Hingga kini ia masih menjadi haiwan misteri yang tak terungkai