Gambar Lisa Surihani Mandi Bunga Berinai Dan Khatam Al Quran

Seperti cerita anak puteri-puteri raja, begitulah yang boleh dikatakan kepada Lisa Surihani untuk persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini. Walaupun dibesarkan dalam dunia moden, pelakon jelita, Lisa Surihani, masih lagi melakukan amalan tradisi Melayu sebelum bergelar isteri kepada Yusry Abdul Halim.


Majlis mandi bunga Lisa Surihani

Lisa berkata, dia telah memenuhi kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena perkahwinan tersebut bersama sepupu rapat serta teman baiknya pada 17 Februari 2012.


Majlis berinai Lisa Surihani

"Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan.


Tambah Lisa, dia berasa seronok dengan amalan yang diadakan bersama teman rapat dan keluarga kerana merasakan seperti kembali mempraktikkan budaya nenek moyang yang semakin dilupakan.

4 Gambar Majlis Berinai, Mandi Bunga dan Khatam Al Quran Lisa Surihani
Majlis Khatam Al Quran Lisa Surihani

"Selepas mengadakan majlis khatam Al-Quran, berinai dan mandi bunga, terasa sejuk sangat hati dan pada masa sama ia dapat menenangkan jiwa tau," katanya yang turut mendapat bantuan dua lagi teman karibnya, Jihan dan Ili, dalam hal persiapan perkahwinannya itu.

Yusry dan Lisa akan diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu.