Kanser Payudara Kanak-Kanak

Aleisha Hunter, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun adalah seorang kanak-kanak yang termuda disahkan menghidap kanser payudara. Aleisha yang berasal dari Toronto, Canada itu terpaksa menjalani pembedahan mastectomy iaitu pembedahan untuk membuang payudaranya.





Walaubagaimanapun, pembedahan itu telah berjaya menghalang kanser itu dan kini Aleisha dilaporkan sihat walafiat. Ibunya, Melanie Hunter berkata beliau terkejut kerana terasa benjolan (lump) di dada anaknya itu ketika sedang mengeringkan Aleisha selepas mandi. Kejadian itu berlaku pada tahun 2008 ketika Aleisha berusia 2 tahun!

Benjolan sebesar kacang hijau itu pada mulanya disangkakan penyakit kulit yang biasa, namun Melanie terkilan apabila diberitahu keadaan sebenar anaknya. Aleisha kemudiannya dihantar untuk pembedahan mastectomy dan pemeriksaan lanjutan mendapati kanser itu tidak lagi merebak. Beliau kemudiannya dibenarkan pulang selepas 3 hari. Pakar bedah, Dr Nancy Down berkata beliau tidak pernah berjumpa pesakit yang begitu muda untuk menghidap kanser payudara sepanjang 25 tahun kareernya.