Kejamnya Lelaki Di China

Seorang wanita telah menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila ditikam dengan senjata tajam bertubi-tubi sehingga mati oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di dalam satu kejadian ngeri yang berlaku di China.

Kejam




wanita itu dipercayai berusia 28 tahun yang sedang berjalan kaki di tepi jalan sebelum disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Di dalam video sepanjang lima minit itu, difahamkan bahawa lelaki itu cuba memujuk dan memaksa wanita tersebut untuk masuk ke pusat hiburan karaoke yang berhampiran untuk berhibur.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan menolak desakan lelaki itu dan menyebabkan lelaki itu berang lantas menyerang serta menikam mangsa berkali-kali sehinga mati dengan menggunakan objek tajam yang dipercayai pisau.

Mengejutkan, lelaki itu jelas ‘berhati kering’ apabila berani membunuh mangsa di tempat awam di mana ramai orang ramai lalu lalang di situ pada siang hari.