Kekuatan Dan Ketangkasan Muay Thai

video menunjukan kekuatan dan kehebatan seni bela diri Muay Thai dengan menumbangkan pokok dengan hanya mengunakan tendangan kaki sahaja.. jom saksikan..

Muay Thai




Apabila muay Thai digunakan untuk berlawan, maka inilah hasilnya.. (tekan butang play dibawah)






Info mengenai Muay Thai Atau Tomoi

Tomoi (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. Tinju Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan dan bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja. Secara praktiknya, Tomoi dan Muay Thai tiada sebarang perbezaan besar.

Tomoi banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi.