Lelaki Paling Rendah 2012

Pakar-pakar Guinness World Records menyatakan, mereka pergi ke sebuah lembah yang terpencil di barat daya Nepal untuk mengukur ketinggian seorang lelaki, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa dirinya sebagai lelaki paling rendah di dunia.



Dangi setinggi 56 sentimeter dan berat 12 kilogram. Anggota-anggota keluarga lelaki itu yang dipetik media tempatan menyatakan keadaan kesihatan Dangi berada dalam keadaan baik dan dia tidak pernah mengambil ubat atau pergi ke hospital.

ketinggian Dangibelum disahkan sehingga ukuran rasmi diambil dan disahkan oleh para pegawai Guinness World Records," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday.

Dangi telah menjadi selebriti tempatan di selatan Nepal apabila dia muncul dalam majlis-majlis komuniti dan merasmikan festival keagamaan.Rekod lelaki paling rendah di dunia ketika ini dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina yang berukuran 59.93 sentimeter.Dia memegang gelaran itu pada tahun lalu.

Sebelum Balawing, lelaki paling rendah di dunia ialah Khagendra Thapa Magar juga dari Nepal yang setinggi 67 sentimeter.Magar melawat banyak negara dan muncul di televisyen Eropah dan Amerika Syarikat semasa dia dinobatkan sebagai lelaki paling rendah di dunia.