Maksud Makna Mimpi Dalam Islam

Adakah mimpi satu permainan tidur? Sebenarnya sesetengah mimpi mempunyai maksud tertentu dan boleh ditafsir. Menurut Al-Quran, Nabi Yusuf adalah antara mereka yang dikurniakan Allah kebolehan untuk mentafsir mimpi.



Dalam Al-Quran terdapat 3 peristiwa di mana Nabi Yusuf dikaitkan dengan tafsiran mimpi. Semua ini diceritakan oleh Allah dalam surah tentang kisah yang paling indah iaitu Surah Yusuf.

Tafsir Mimpi Dalam Islam

Mimpi Pertama

Nabi Yusuf telah bermimpi 11 bintang, bulan dan matahari sujud kepadanya. Ia diceritakan dalam Surah Yusuf ayat hingga ayat 10.

Maksudnya:”

4. {Ingatlah} ketika Yusuf berkata kepada ayahnya :

“Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan, kulihat semuanya sujud kepadaku”.

5. Ayahnya berkata: “Hai anakku ,jgnlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudar-saudaramu, maka mrk membuat muslihat {utk membinasakanmu} .Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”

6. Dan demikianlah Tuhanmu memilih kamu {utk menjadi Nabi} dan diajarkannya kepada kamu sebahagian dari takdir mimpi-mimpi dan disempurnakannya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmatnya kepada dua orang bapamu sebelum itu, {iaitu} Ibrahim dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

7. Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada {kisah} Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang yang bertanya.

8. {Iaitu} ketika mereka berkata: “Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya {Benyamin} lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita sendiri, padahal kita {ini} adalah satu golongan {yang kuat} .Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.”

9. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah {yang tidak dikenal} supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik.”

10. Seorang daripada mrk berkata: “Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah ia ke dalam perigi, supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir jika kamu hendak berbuat.” { Yusuf :4 ~ 10 }

Mimpi Kedua

Setelah Nabi Yusuf difitnah dan dipenjarakan. Nabi Yusuf berkenalan dengan 2 orang banduan iaitu seorang pelayan dan juga seorang penjaga gudang. Si pelayan melihat ia seakan-akan berada di tengah sebuah kebun anggur memegang gelas, seperti gelas yang sering diguna minumkan oleh Raja, majikannya lalu diisinya gelas itu dengan perahan buah anggur. Sedang pemuda penjaga gudang melihat dalam mimpinnya seolah-olah mendukung di atas kepalanya sebuah keranjang yang berisi roti, roti mana disambar oleh sekelompok burung dan di bawanya terbang.

Baginda kemudiannya mentafsirkan bahawa penjaga gudang akan terbunuh dan disalib dan si pelayan akan dibebaskan dan kembali bekerja sebagai pelayan di istana.

Mimpi Ketiga

Raja telah bermimpi seakan-akan melihat tujuh ekor sapi betina lain yang kurus-kurus. Disamping itu ia melihat pula dalam mimpinya tujuh butir gandum hijau disamping tujuh butir yang lain kering. Semua pembesar dan bijak pandai telah dipanggil, namun gagal mentafsir maksud mimpi ini.

Nabi Yusuf mentafsirkan mimpi berkenaan…

Negara akan menghadapi masa makmur, subur selama tujuh tahun, di mana tumbuh-tumbuhan dan semua tanaman gandum, padi dan sayur mayur akan mengalami masa menuai yang baik yang membawa hasil makanan berlimpah-ruah, kemudian menyusuk musim kemarau selama tujuh tahun berikutnya dimana sungai Nil tidak memberi air yang cukup bagi ladang-ladang yang kering, tumbuh-tumbuhan dan tanaman rusak dimakan hama ssedang persediaan bahan makanan, hasil tuaian tahun-tahun subur itu sudah habis dimakan. Akan tetapi, Nabi Yusuf melanjutkan keterangannya, setelah mengalami kedua musim tujuh tahun itu akan tibalah tahun basah di mana hujan akan turun dengan lebatnya menyirami tanah-tanah yang kering dan kembali menghijau menghasilkan bahan makanan dan buah-buahan yang lazat yang dpt diperah untuk diminum.”

” Maka jika taksirku ini menjadi kenyataan ,” Nabi Yusuf berkata lebih lanjut,” seharusnya kamu menyimpan baik-baik apa yang telah dihasilkan dalam tahun-tahun subur, serta berjimat dalam pemakaiannya untuk persiapan menghadapi masa kering, agar supaya terhindarlah rakyat dari bencana kelaparan dan kesengsaraan.”

Baginda dibebaskan apabila kesalahan yang dilemparkan kepadanya didapati sebagai fitnah dan dilantik sebagai Penasihat kepada Raja. Inilah antara peristiwa di dalam al quran yang menunjukkan mimpi boleh ditafsir.

Tafsiran Mimpi 1

Tafsiran Mimpi 2

Tafsiran Mimpi 3