Muka Pengacara Tv Di Gigit Anjing

Seorang pengacara utama sebuah stesen televisyen Kyle Dyer dikejarkan ke hospital selepas mukanya Gigit seekor anjing yang baru diselamatkan ketika program itu disiarkan secara langsung. media semalam melaporkan, anjing seberat 39 kilogram itu

Anjing gigit



Media semalam melaporkan, anjing seberat 39 kilogram itu, Max, menggigit muka Kyle Dyer ketika pengacara itu membongkokkan badannya untuk menepuk anjing Argentine Mastiff berkenaan.

Program bual bicara pagi itu disiarkan stesen KUSA-TV. Pada Isnin lalu, kru stesen berkenaan merakamkan sejumlah anggota bomba menyelamatkan Max yang terkapai-kapai di tasik dalam cuaca sejuk selepas tergelincir. Ekoran insiden semalam, Max diletakkan dalam sangkar dan diawasi pegawai kawalan haiwan, manakala pemiliknya, Michael Robinson, didenda.