Ngeri Lelaki Cungkil Mata Sendiri

Seorang lelaki Sanggup mencungkil matanya sendiri di gereja selepas mendengar kutbah oleh seorang paderi. Ajaran mana ntah yang dia dengar yang mencungkil mata tu boleh menghapus dosa. Meh sini aku bagitau.

Ngeri seram Ganas

Diri aku, diri korang dan segala-galanya adalah milik Allah. Kita diberi mandat oleh Allah untuk mentadbir diri kita dan berlaku zalim dengan diri kita. Jadi, apabila ada orang membunuh diri, dia masuk neraka kerana dia fikir dirinya dia punya di mana ianya adalah fahaman yang salah. Diri kita semua adalah milik Allah. Paham? Jadi janganlah korang sombong dan zalim.

Baca petikan berita ini..

ROME: Seorang pengunjung gereja mengejutkan orang ramai apabila dia tiba-tiba mencungkil kedua-dua bola matanya ketika paderi melangsungkan upacaranya di situ, semalam.

Lelaki kelahiran Britain, Aldo Bianchini, dilaporkan berdiri perlahan-lahan dan mencungkil matanya sebelum terjatuh berlumuran darah.

Ibu Bianchini cuba membantunya tetapi doktor berkata, mata lelaki itu tidak dapat diselamatkan.

Menurut Bianchini, dia terdengar suara luar biasa mengarahkannya mencungkil mata sendiri. Dalam Bible, ada petikan menyatakan: “Jika mata kanan anda menyebabkan anda berdosa, cungkil dan buangkan ia. Lebih baik hilang sebahagian daripada anggota badan daripada seluruh tubuh anda ke neraka.