Rahsia Kecantikan Ziana Zain Akui Cucuk Wajah

Penyanyi pujaan ramai, Ziana Zain membuat pengakuan yang dia mencucuk wajahnya untuk kekal cantik. Namun anda tak perlu risau kerana suntikan tersebut bukanlah suntikan botox, sebaliknya hanyalah kolagen. Patutlah kak Ziana Zain sentiasa nampak marvelous gitu.

Rahsia Ziana Zain

Ziana Zain yang sudah berusia 45 tahun mengambil kolagen untuk mengekalkan kecantikannya. Kata Ziana:-

Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat. Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai.


sumber