Resepi Mudah Cara Buat Coklat Dirumah

Untuk makluman anda, terdapat dua jenis coklat iaitu coklat compound dan coklat couverture.

Cara Buat Coklat Tips buat coklat masak coklat Kek coklat

Dalam resepi coklat homemade kali ini, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk membuat coklat menggunakan coklat compound sahaja. Coklat couverture agak rumit sedikit berbanding coklat compound. Anda dah tak sabar nak mulakan ?

Resepi Coklat Homemade Bahan-Bahan

1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate)

2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda – kismis, almond, kacang, dan sebagainya. Ini hanyalah sekadar pilihan sahaja.

Nota tambahan :

Terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.
Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade

Anda juga perlu menyediakan peralatan seperti berikut :

1) Coklat mould. Terdapat pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.

2) Piping untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.
Resepi Coklat Homemade Cara-Caranya

1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.

2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.

3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.

4) Sejukkan dalam peti ais.

5) Kini, coklat homemade anda telah siap !

Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.