Resepi Sambal Kerang Bermadu

Resepi sambal kerang ini sedap dan sesuai dijadikan lauk tambahan untuk nasi lemak..



Resepi sambal kerang

3- 4 kilo kerang ( rebus dan ambil isinya sahaja ) – dapat dalam 1 mangkuk besar isi kerang
20 -30 biji cili kering ( di rendam dan dikisar)
1-2 labu bawang besar ikut saiz – ( di kisar )
4 biji bawang merah ( dikisar )
3 biji bawang putih ( dikisar )
1 keping asam gelugur
3 sudu besar sos cili
1/2 sudu madu asli (mengikut Citarasa anda)
1/2 inci belacan ( optional ) – di campur dengan bahan kisar
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa

Cara penyediaan

1. Tumis bahan kisar hingga naik minyak atau agak2 kering airnya.
2. Masukkan kerang, soscili dan asam gelugur. Kacau seketika.
3. Masukkan garam, madu dan serbuk perasa. kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
4. Bila rasanya telah sesuai ikut citarasa yang di ingini, kacau seketika, bolehlah diangkat.
** jika suka boleh masukkan bawang hiris kedalam sambal…. kacau hingga bawang hiris tu masak kemudian bolehlah diangkat.