Video Orang Makan Cicak Hidup

Tergamak sungguh budak ini memakan cicak yang masih hidup. Setahu admin cicak ni haram dimakan, samalah dengan memakan cicak tokek yang dikatakan mampu menjadi penawar berbagai penyakit merbahaya seperti Aids dan lain-lain.

Makan Cicak Hidup




sedikit Info tentang hukum makan cicak..

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.


Nak tahu maklumat lebih lanjut masuk kehalaman web (Jakim)