Video Wanita Rempuh Kedai Motor

Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai Superbike dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri.



Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya. Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian tersebut..