10 Bahaya Akibat Minum Arak

Mengapa islam melarang umatnya meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan? Ilmuan Islam iaitu Abdul Laith Assamarqandi berkata dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin: “ Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi sepuluh bahaya.

Minum Mabuk Khayal Arak Tuak



1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak-anak kecil dan tercela di kalangan orang-orang berakal.

2. Memboroskan harta dan merosakkan akal.

3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.

4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang.

5. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari.

6.Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.

7. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasikan dan bau busuk arak yang diminumnya.

8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman-teman.

9. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari.

10. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati.