Aduan Tuntutan Hak Pengguna Malaysia

Tahukah anda hak anda sebagai seorang pengguna dan bagaimanakah aduan atau tuntutan dapat dilakukan dengan sempurna.



Walaupun kita tahu apa hak kita sebagai pengguna namun kadang kadang masalah lain pula yang muncul…, masalah yang seakan akan menafikan hak kita sebagai pengguna, terutamanya bila laporan atau aduaan dipandang sepi dan tiada tindakan diambil.

Dan salah satu punca ialah masalah kekurangan bukti atau aduan yang tidak lengkap, Jadi disini MTB akan kongsikan beberapa perkara yang penting yang perlu kita tahu bila membuat aduan, dan secara tak langsung memudahkan pihak berkuasa bagi melakukan siasatan atau difailkan kes ke mahkamah pengguna…

Tip Aduan Yang Berkesan

Simpan semua maklumat pembelian di dalam fail.
Dapatkan bukti yang berkaitan.
Bertenang dan atur stategi yang berkesan.
Gunakan fakta dan statistik untuk membuktikan kesahihan aduan.
Tulis surat aduan yang ringkas dan padat.
Ikuti dan catat perkembangan aduan yang dilaporkan.
Gunakan media massa untuk membuat laporan aduan jika perlu.

Isi borang aduan disini