Alat Pemadam Api Guna Tepung Gandum

Terdapat alat pemadam api di negara ini dikesan menggunakan tepung gandum di dalam peralatan itu bagi menggantikan buih semata-mata untuk menjimatkan kos pengendaliannya.

Tiruan Tipu Palsu
walaupun jumlahnya kecil, pihaknya mengesan perbuatan sedemikian yang menunjukkan ada kontraktor bersikap sambil lewa mengenai aspek keselamatan disebabkan terlalu memikirkan keuntungan.
“Perbuatan itu dikesan ketika kita melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan peralatan alat pemadam api boleh dan selamat digunakan ketika kecemasan.

“Selain menggunakan kandungan tidak mengikut spesifikasi, ada kontraktor tidak menyelenggara peralatan itu dengan baik dan teratur termasuk tidak meletakkannya di tempat yang dicadangkan.

Mengikut rekod, ada tiga juta alat pemadam api di seluruh negara, termasuk 300,000 milik kerajaan dan selebihnya kepunyaan swasta yang diselenggarakan kira-kira 2,000 kontraktor yang dilantik.