Artis Miang Terlampau Buat Hubungan Terlarang

Sememangnya sejak awal terbit dalam industri seni kita ini, peribadinya asyik bertampal dengan cerita panas.

Video Artis Malysia Miang Buat Seks Terlampau
Gambar hiasan


Khabarnya, pelakon ini tidak sudah-sudah mengugut lelaki-lelaki yang pernah menjalinkan hubungan intim dengannya apabila ada yang dia tidak puas hati. Dia memang hebat kerana ramai lelaki mudah ‘jatuh’ ke dalam godaan dan cengkamannya itu. Amboi, dan macam ‘Femme Fatale’ sangat!

Pelakon miang tadi seolah-olah bangga memperkatakan siapa lelaki yang pernah menjalinkan hubungan intim dengannya tanpa rasa segan atau malu. Ia membuatkan ramai jadi rimas dan meluat dengan sikapnya itu. Di manakah maruah dirinya apabila dengan rasa bangga dia bercerita pasal hubungan dengan lelaki itu dan ini.

Dia bagaikan tidak ada harga diri malah gembira berkongsi cerita mengenai perbuatan keji yang sudah dilakukannya itu. Cerita terbaru mengenai pelakon miang ini, dia dikatakan cuba menghimpit seorang artis lelaki muda yang baru mencari tapak dalam industri lakonan.

Jadi, bukan main lagi gaya artis miang itu bergaya dan menggoda ketika ingin mendampingi artis kacak itu sehingga pembantu peribadi artis lelaki itu sendiri rasa nak termuntah melihat aksinya yang tak tahu malu itu.

Goda punya goda, dapat juga mereka bertukar nombor dan pertemuan langsung diatur dengan alasan menemaninya keluar minum. Sudah menjadi lumrah hidup, kalau sudah dibentangkan depan mata, jangan salahkan lelaki merosakkan wanita kerana pelakon miang tadi memang sudah ‘pasang niat’ untuk buat lebih-lebih.

Sumber itu berkata lagi, apa yang mengejutkan, selepas pertama kali mereka bermesra dalam keadaan terlampau, artis gedik itu mahu mengulangi lagi perbuatan keji itu. Namun apabila permintaannya ditolak, dia mulalah keluar ugutan kononnya hendak menyebarkan video berahi mereka yang dirakamkan. Peliknya, kalau dia berani mengugut begitu, tidakkah dia terfikir bahawa arang itu kelak akan terconteng ke mukanya sendiri.

Sumber