Badminton Axiata Cup 2012 Malaysia Keseparuh Akhir

Malaysia Tigers melayakkan diri ke separuh akhir setelah menewaskan Thailand 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Piala Axiata 2012 di Stadium Badminton Cheras.

Watch Online Axiata Cup 2012



Mata kemenangan skuad negara diperoleh agak mudah namun beregu negara Koo dan Tan terpaksa bermain dalam set penentuan.

Mata pertama negara diraih perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, yang menundukkan jaguh badminton Thailand Boonsak Ponsana 21-19, 21-16. Beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula terpaksa berdepan tentangan sengit gandingan Maneepong Jongjit/Patiphat Chalardchalaem sebelum mengalahkan mereka 25-27, 21-9, 21-16. Aksi cemerlang skuad negara diteruskan perseorangan kedua Liew Daren yang menewaskan Suppanyu Avihingsanon 21-14, 21-18.

Pastikan anda jangan terlupa menyaksikan pertarungan hebat antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Badminton Cheras pada Sabtu dan Ahad ini.