Bom Dalam Kotak Kasut

Misteri sebuah kotak kasut yang diletakan diluar pagar sebuah rumah berakhir dengan satu trgedi letupan yang hampir meragut nyawa seorang wanita..

Bom meletup

ALOR GAJAH: “Tiba-tiba saya dengar letupan amat kuat sebelum melihat adik melambung dan jatuh tertiarap dalam keadaan badannya berlumuran darah serta berasap.”

Demikian kata Saiful Eszwan Md Esa, 35, menceritakan kejadian adiknya, Norasyikin, 27, menjadi mangsa bom dipercayai buatan sendiri yang diletakkan di depan pagar rumah mereka di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina, di sini, semalam.

Saiful Eszwan, 35, berkata ketika kejadian pada jam 8.40 pagi itu, dia membaiki motosikal di bangsal kira-kira tujuh meter dari pintu pagar rumahnya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika adiknya hendak keluar dari pagar rumah untuk pergi bekerja dan sebelum itu, Norasyikin memberitahu ada satu kotak bersaiz kotak kasut diletakkan di luar pintu pagar rumah.


“Saya menasihatinya supaya tidak menyentuh kotak itu. Saya tahu dia membuka pintu pagar, tetapi tidak perasan dia mengangkat kotak itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.