Cas Telefon Bimbit Guna Air

Kini anda tidak perlu lagi mengunakan sumber kuasa tenaga elektrik dirumah untuk mengecas telifon bimbit anda. Sejenis alat yang direka khas mengunakan kuasa air ini mampu mengecas telefon bimbit anda dimana sahaja..

Teknologi canggih

BARCELONA, Sepanyol - Sebuah firma Sweden, MyFC mengeluarkan pengecas bateri berkuasa air yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit seperti iPhone di luar rumah.

Pengecas itu menukarkan air menjadi tenaga elektrik.

Ia yang dikenali sebagai FC PowerTrekk amat berguna kepada pengembara, pekerja bantuan dan anggota tentera.

Ketua Eksekutif MyFC, Bjorn Westerholm berkata, pengecas itu boleh menggunakan air laut dan air tawar. - Agensi