Gambar Abby Abadi Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah

Abby Abadi kini telah mengambil keputusan dan tekad untuk bertudung sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini.

Gambar Abby Abadi Bertudung

Untuk makluman, Abby telah menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Abby di Facebook Abby Abadi

Abby memaklumkan yang dia bernekad untuk membuat keputusan ini di hadapan Kaabah..

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.