Inilah Juara Model Tudung Fareeda 2012

Peminat tegar tudung Fareeda yang telah mempunyai lebih 50 koleksi tudung itu tidak menyangka telah terpilih sebagai juara Pertandingan Pencarian Model Fareeda 2012 yang berakhir di SACC Mall semalam.

Video Tudung Fareeda

Noor Aqilah Nadhirah Mohd. Yazif, 20, yang merupakan pelajar tahun pertama, bidang pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu telah menggayakan tudung fesyen terkini Fareeda dinamakan Rozana sebelum dinobatkan sebagai juara.