
Wanie tidak menyalahkan mentornya Ferhad kerana baginya Ferhad sudah cukup banyak menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Semalam semasa konsert Mentor berlangsung pun Abang Nara dapat nampak riak wajah Ferhad agak kurang selesa.

Malah hari ini Wanie telah memberikan kenyataan pada portal GUA yang dia sebenarnya tidak memiliki “low blood pressure”. Kata Wanie:-
Luahan Hati Wanie
Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi. Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu.