Malaysia Boikot Pembantu Rumah Indonesia

Gara-gara permintaan indonesia agar amah pembantu rumah yang berkerja di malaysia dihadkan tugas dan gaji minimum ditetapkan RM700 akan berdepan masalah di boikot majikan dari malaysia.

Boikot Amah Indonesia

sebelum ini hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia menetapkan jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas-tugas berkaitan tukang masak dan tidak akan menjalankan tugas-tugas lain seperti mengasuh bayi.Ini termasuklah penetapan gaji minimum sebanyak RM700.

Baca keratan berita ini..

KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) rela menarik balik pengambilan amah dari Indonesia jika pemerintah republik itu bertegas mengenakan syarat baharu yang membebankan majikan-majikan di Malaysia.

Pemangku Presidennya, Jeffrey Foo berkata, tindakan Indonesia yang menetapkan amah dari negara itu hanya menjalankan satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 dianggap tidak masuk akal.

"Jika keputusan itu benar-benar hendak diambil, kami tidak bersetuju kerana terang-terang ia tidak relevan... takkan majikan perlu menggajikan hingga empat orang amah bagi empat tugasan yang berlainan," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman yang menyatakan seorang amah hanya menjalankan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Kalau diambil untuk menjadi tukang masak, pembantu rumah tidak dibenarkan menjadi pengasuh bayi.