Mati Selepas Minum Teh Di Kedai Makan

Bila sudah ajal,Seorang pencuci bas meninggal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia kelihatan seperti sedang tidur berbantalkan lengan di atas meja makan selepas menghabiskan segelas teh tarik di sebuah warung dekat Jalan Imbi, Bukit Bintang

Maut Meninggal Sakit

Rahman Ibrahim, 74, dari Melaka tetapi hidup sebatang kara di kawasan Bukit Bintang di sini sejak 10 tahun lalu, ditemui telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung oleh pekerja warung berkenaan pada pukul 12 tengah malam.

Pekerja yang enggan dikenali itu memberitahu, sebelum meninggal dunia, dia nampak Rahman yang telah selesai minum mengurut-urut dadanya sebelum meletak kepala di atas lengan seperti orang sedang tidur.