Pengumuman Gaji minimum Swasta 2012

Pelaksanaan gaji minimum bagi sektor swasta akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada bulan julai 2012.

Umum Gaji minima minimum penuh lengkap

Pelaksanaan gaji minimum RM900 untuk pekerja swasta masih belum diputuskan, walaupun ada ura-ura mengatakan ia akan dilaksanakan
pada Julai depan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, penetapan kadar itu masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Setakat ini masih dalam perbincangan, belum ada kata putus dan belum boleh menyatakan bila kadar baru itu akan dilaksanakan,” katanya.

Ketika ditanya adakah benar kadar gaji minimum dibincangkan itu RM900, beliau berkata:
“Ya, kami ada menerima cadangan itu dan ianya sedang dibincangkan.”

Pelaksanaan gaji minima ini akan melibatkan lebih lima juta pekerja sektor swasta pelbagai industri termasuk perladangan dan pembinaan kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan. Difahamkan daripada jumlah itu pekerja swasta warga asing turut mendapat manfaat yang sama.

Dalam laporan sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam telah membawa laporan yang telah diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) ke mesyuarat Kabinet. Selain kadar gaji minimum RM900, laporan itu turut menyatakan, pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Menurut sumber, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap akan memperjuangkan kadar gaji minimum RM900 itu, walaupun ada cadangan daripada pihak kerajaan iaitu RM750.

Update: Info terkini, pengumuman peyelarasan gaji minima sektor swasta ialah 01 may 2012 bersamaan tarikh sambutan hari buruh..

Diharap pengumuman itu nanti akan mengembirakan semua rakyat malaysia terutama yang bekerja di sektor swasta..


Update : 1 may 2012-

PUTRAJAYA — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kadar gaji minimum bagi sektor swasta yang diumum kerajaan dapat membela nasib pekerja khususnya yang berada di bawah garis kemiskinan.

Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata keputusan itu jalan terbaik untuk membela nasib mereka pada masa depan, selain meningkatkan semangat untuk mereka bekerja lebih tekun sekali gus membantu kerajaan mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

"Ia adalah permulaan bagi pekerja swasta di negara ini kerana dengan keputusan itu mereka tidak akan lagi dibayar di bawah kadar gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, di sini malam tadi.

Beliau berkata pengumuman gaji minimun itu juga merupakan satu petanda baik selain menjadi kebanggaan pihaknya kerana perjuangan selama ini menjadi kenyataan.

Pada majlis itu Najib mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam. Mohd Khalid berkata juga berharap kadar gaji minimum itu dapat disemak dalam tempoh yang munasabah di masa depan.

"Kita juga harap pelaksanaan kadar gaji minimum itu akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.