Peragut Hampir Meragut Nyawa

Seorang pembantu Tabika Kemas cedera akibat terjatuh dari motosikalnya selepas diragut di Jalan Kuala Ketil Baling.

Pembatu Tabika Kemas Di Ragut

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa, Nurul Fatihah Yahya, 20, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Nazira Abdul Manan, 21.

Kedua-dua mangsa yang merupakan ahli Puteri UMNO Bahagian Baling dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Merah di sini selepas menghadiri satu kursus di Alor Setar.

Menurut Nurul Fatihah, dia menyedari seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri mereka sebelum menghimpit dan menarik beg tangan yang diletakkan di atas pahanya.


admin: Sedarlah wahai peragut-peragut diluar sana, anda mungkin mahu meragut wang beberapa ratus ringgit tapi dalam masa yang sama anda mungkin akan meragut nyawa manusia lain yang tak dapat dicari dimanan-mana dan tak dapat tukar ganti..